Apple Crumble ialah salah satu resipi favourite saya sebab ianya amat senang untuk dimasak. Ini lah cara nya macam mana nak masak Apple Crumble. Selamat mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan:
4 atau 5 biji epal hijau (di buang kulit dan dipotong dadu)
serbuk kulit kayu manis
3 sudu besar gula
2 cawan tepung gandum
3 sudu besar marjerin atau butter
secubit garam
Cara membuatnya:
Masak epal hijau yang telah dipotong dadu bersama dengan gula dan serbuk kulit kayu manis sehingga epal menjadi lembut sedikit. Sambil epal dimasak, gaulkan marjerin dan garam bersama tepung menggunakan jari. Apabila sudah selesai, tepung seharusnya seperti bread crumbs (bukan macam pastri). Kemudian, masukkan epal yang telah masak tu ke dalam mangkuk flan atau pai. Selepas itu taburkan tepung di atas nya sama rata. Apabila selesai, boleh lah dibakar dalam oven dengan kepanasan 180 darjah celsius selama 30 min.
Apabila sudah masak, Apple Crumble ni boleh dimakan bersama dengan kuah kastard. Gerenti sedap!
Friday, January 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment